20120408

Mentaliti Malaya, Bankrup !





ini satu mentaliti iaitu tak habis-habis menghentam perkara ranting tapi perkara pokok cuba diabaikan. sebab perkara ranting tu ibarat kudis katanya. wah. itu mentaliti orang Malaya.

dan mungkin Malaya tu hanya merujuk kepada kelompok Melayu sahaja. atau mungkin semuanya, mungkin.

hentaman tu kira macam satu kemegahan buat orang Malaya, hentaman tu mungkin menunjukkan kepandaian mereka. bukan apa lah, asyik dok hentam perkara yang dangkal buat apa si. memang pokoknya, menyakitkan hati, apa kau ingat, dengan hentaman tu boleh buat orang yang dihentam tu jatuh dan kau kepuasan? bagi aku tidak. orang yang dihentam tak hiraukan pun suara sumbang berlegar di corong-corong pembesar suara cetek sebegitu.

persepsi Malaya memang seiring dengan mentaliti mereka, masih berada dalam kepompong kemiskinan mentaliti.  memang perkara kecil tu kalau dibiarkan akan merebak kepada keseluruhan. tapi, apa tiada cara lain kah untuk nyatakan pandangan teguran yang konon mahu meniupkan kebaikkan selain dengan guna cara terpakai iaitu hentaman?

cuba perlahan-lahan, sebab perubahan drastik tu, tak ke mana jika tiada keikhlasan dalam hati. buat apa perubahan drastik kalau hatinya sekadar plastik, mahu bermuka-muka, depan senonoh, di belakang lain senonohnya? sama juga jalan ceritanya, bukan.

itu pertama.

yang dihentam tak melatah tiba-tiba si penghentam yang melatah bila mana dia pula dihentam oleh penghentam yang lain. budak-budak twitterjaya mungkin faham tujuan ayat ni, mungkin.

kalau kau tak nak sama dihentam, kau jangan mulakan hentaman pada orang. dan kau tak payah nak plastik suci konon kaulah yang suci murni, padahal kau pendajal yang memulakan pertelingkahan itu. kau yang menyalakan api hentaman dan tiba-tiba bila ada yang cuba hentam kau, kau melatah melalak seluruh negara. apa kes? kalau tak nak hentaman dan sentuhan, tak perlukan hentaman. kalau sekadar menyusun hentaman untuk dapatkan pujian pujaan, lupakan. itu cara untuk menghilangkan kehormatan ya sang algojo di sana.

"Menteri katun ! Raja pun katun ! " - Sabarudin Tukang Kasut, 1966.

dan sila fahamkan susunan ayat isi rukun negara yang kedua tu.

ini kedua.

yang kedua tadi mungkin lebih kepada hentaman oleh individu yang sudah berkedudukan tinggi melangit, kononnya. ni pula hentaman daripada mereka yang cuba meninggikan diri kelangit dan menahan mereka yang sudah berkedudukan di atasan sana.

ni mungkin lebih kepada perihal politik dan fanatik ekstremisnya.

buka facebook, walau kau tak minat nak tahu, pasti akan kau terpandang gambar dimuatnaik oleh penyokong fanatik berbeza ideologi untuk menghentam sesama sendiri. kalau dibelah BN, dimuatnaikkan gambar lucah, dibelah PR pun sama juga. penyokong fanatik dah gila. berpolitik tak ada adab cuma mahu menghentam membenci untuk raih undi, merekalah yang penconteng perosak jalan cerita politik Malaya.

yang lebih menyanyat hati, ada pula mendoakan keburukkan untuk pihak lawan bagai. weh, adab dalam berdoa antaranya, tidak mendoakan keburukkan. pak cik, pak cik. haih. bukankah lebih baik, buang sangkaan buruk yang buat hati kau sakit dan mendoakan kebaikkan berbanding kau pamerkan gambar berunsur lucah yang sehingga kini tak tahu kebenarannya.

yang lebih 'indah' bila diletakkan sekali perihal agama bagai, tapi dalam sebaran tersebut sebenarnya, bagi aku, itu satu pengaiban !

dan pak cik, pak cik tahu ke kebenaran gambar itu? tak bukan. kalau tak, kenapa sebarkan? tak takut mati ke? haih. ingatlah, mati tu sentiasa menghampiri kita tiap saat. apa akan jadi, kalau esok mati, macam mana gambar yang tak tahu kesahihannya tu menjadi bahan sebaran dan bualan serta hentaman? masyaAllah.
ideologi tu tak bawa mati pun. yang bawa mati ada lah agama kita. buat apa canang pembencian terhadap saudara seagama sendiri yang dulu kau puja tinggi? hanya kerana ideologi, kau mati dalam keadaan sakit hati dan perasaan benci. wah, tragis begitu pak cik.

kalau begini gaya mentaliti pak cik, politik pak cik akan mati. dan memang kalah besar nanti.

yang ketiga.

ramai mahu menjadi genius bijak pandai, tapi tak semua dapat, sebab itu rezeki masing-masing. dan akan dapat bila sampai masanya. dan genius pandai ni, memang akan menjadi pujaan lambungan masyarakat. tiap tindakan menjadi bualan, tiap perubahan pula bakal ada kritikan. tapi kritikan untuk perubahan yang cacat bukan dengan hentaman. bukan. itu satu kesilapan. dan patutnya teguran ransangan, bukan kritikan hentaman seakan mahu menjatuhkan.

hanya satu kesalahan, habis seMalaya dijaja penceritaan umpama cerita tu cacat sebab satu perbuatan. dia jujur cuma penampilan saja yang mencacatkan, tapi itu boleh diubah, bukan drastik, perlahan-lahan. kalau drastik takkan kekal lama. macam aku cakap di awalan tadi.

dan sekurang-kurangnya, yang dihentam itu sudah jauh kehadapan di sana, kau yang menghentam masih di sini entah pernah berterbangan atau tidak. jangan terlalu awal menghakimi dan melatah sangat ya.

kok ye pun mahu ajak kebaikkan, bukankah lebih indah dengan perkataan yang kebaikkan bukan cemuhan, tohmahan dan hentaman. hei, sebab tu orang 'sakit' pergi lepas gian balik, sebab apa? sebab masyarakat pendek mentaliti, lihat kisah silam daripada azam untuk berubah. sebab tu mak nyah Jalan Dhobby, JB dan Jalan Kunyit, Kuantan berlambak lagi, sebab apa? sebab mahu bawa mereka kepada kebaikkan tapi dilontarkan dengan seribu cacian cemuhan. hei, itu bukan penyelesaian lah.

takkan selesai kalau dihentam. sebab yang ada caci maki menjatuhkan reputasi berbanding kata-kata nasihat pemangkin perubahan.

penghabisan.

mentaliti masih pada bawah takuk yang sama. sangat bankrup mentaliti sebegini. bukan menidakkan usaha perubahan kebaikkan, tapi cuma dalam usaha tu, sikit terpalit kecacatan kerana hentaman tak masuk akal sebgitu rupa. esok lusa, jilat baliklah ludahan tu. mungkin.


notakaki : ni ada sikit kata-kata yang aku takjub tulisan Hafiz Hamidun di laman muka bukunya. dan apa-apa pun kesempurnaan itu bukan milik kita, ia milik Yang Maha Esa. kita cuma manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan, sebab ianya adalah pengajaran untuk kita dalam kehidupan.


" hentikan mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya, hentikan juga mengutuk Ketua Pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya. mengutuk belakang-belakang tapi anda 10% sumbangan pada negara pun belum tentu ada. kutuk fitnah di FB, Youtube, Twitter bukan menyelesaikan masalah. kadang-kadang jadi fitnah." - Hafiz Hamidun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...