20120214

Kemajuan Mencekik, Mungkin





hampir setiap hari aku naik kereta, ayah hidupkan enjin dan bergerak menuju ke bandar Johor Bahru, dalam menuju yang dituju pasti akan menyusuri Pembangunan Iskandar Malaysia. projek mega yang ikut cakap-cakap kedai kopi adalah projek timbang tara kerana pembatalan projek Jambatan Bengkok menggantikan Tambak, bagi menutup mulut orang pasal isu batal membatal tu, projek ni diuar-uarkan dan digembar-gemburkan besar-besaran. tapi hakikatnya, projek ni dah lama bermula sejak terbinanya projek Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura abad lalu dalam tahun 1997/98 kalau tak silap aku yang mana hanya bertitik tumpu pada pembangunan Bandar Nusajaya dan sekitar Teluk Danga. akan tetapi ia tak serancak pelaburan pada hari ini. 

melihat pembangunan rancak ni, amat teruja juga sebagai anak watan melihat kepesatan pembangunan yang dahulunya hanya bertaraf bandaraya biasa-biasa kini bakal berubah wajah kepada kota metropolitan global. mata meliar sana sini projek. ada projek hotel. projek rumah. projek lebuh raya. projek taman tema. macam-macam ada. boleh dikatakan, hampir setiap pelusuk Johor Bahru sekarang ni kian pesat dibangunkan.

kalau ikut pengetahuan aku dalam kisah harta tanah, bila sesebuah harta yang terletak dalam lingkungan projek pembangunan, sudah pasti, akan mencanak harganya. tak boleh nak turun. kaku harga pasarannya mencanak. dan dalam merealisasikan pembangunan ini, banyak jugalah tanah-tanah diambil. dan ada yang duduk di atas sekangkang kera tanah digantikan dengan setinggi-tingginya rumah flat. itu satu cerita. 

dan bila pembangunan yang kian rancak tapi rakyat macam kita ( ketepikan soal Bumiputera atau tidak ) semakin terseksa untuk mendapatkan harta tanah yang harganya seperti tidak berbaloi jika dibandingkan dengan nilai bayaran gaji dan kos sara hidup yang meningkat. kalau nak harapkan bantuan rakyat yang tak seberapa hanya boleh dapat menjelang buang undi sahaja. rosak mati kita nanti. 

bayangkan, seperti di sebuah taman perumahan dekat tepi lebuhraya dikelilingi robot-robot pencawang elektrik yang mungkin menjejaskan kesihatan tapi harga tawarannya sejumlah enam angka berpangkalkan tiga dihadapannya. bayangkan. berbaloi ke? dan ditambah pula dengan keluasan harta tanah kediaman berkenaan tersebut boleh aku gambarkan seperti rumah kos rendah sahaja. tapi disebabkan faktornya terletak dalam lubuk segi tiga emas katanya, terletak tepi lebuhraya menghubungkan dua negara katanya, berdekatan dengan taman tema katanya. maka natijahnya, begitulah harganya. 

merujuk kepada pembangunan kediaman tersusun seperti negara sebarang Tambak sebagai model contoh, diawal pembangunan negara tersebut, PPRT jika di sini, di sana HDB tersergam indah seperti apartment dan kondominium di negara kita yang berharga enam angka. di sana setiap estet HDB , dilengkapi dengan kemudahan sekolah, pusat kesihatan, pusat komuniti dan juga stesen MRT. nampak dengan jelas, memudahkan rakyatnya bukan. memang benar negaranya kecil tapi pembangunannya mampan sebab ada perancangan tersusun teratur. kita pun ada perancangan tapi perancangan hanya pada si pencekik darah pemaju harta tanah bukan pada pihak pentadbir daerah atau kerajaan tempatan. itu masalahnya.

itu salah kerajaan lah. mungkin. atau salah kroni yang suka berkrompomi. terlalu bagi kat pemaju yang semestinya mencekik darah rakyat untuk raih untung. akhirnya banyak jugalah rumah terbengkalai yang kena kerajaan selesaikan. dan apa yang aku lakarkan, sepatutnya kerajaan kenalah kawal pembangunan sebegini dengan menyusunnya secara terancang yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti klinik kesihatan, pusat komuniti, pusat ibadah, kemudahan lingkaran pengangkutan dan semestinya perumahan dengan harga yang berpatutan disertakan dengan hasil kerja yang memuaskan. itu yang terbaik. baru boleh digelarkan kerajaan negara berkebajikan dengan bangganya.

dan dalam kondisi ini, rumah mewah habis disapu rakyat asing. mungkin bekas penduduk HDB seberang Tambak. sebab nilai matawang mereka lebih tinggi dibandingkan dengan kita. habislah tanah milik rakyat negara ni dijualkan kepada bukan warganegara yang dahagakan ruang tanah. dan rakyat di sini hilang tanah diberikan pula ruang kediaman tinggi melangit dengan ruang yang tak setimpal dengan harga tanah yang diambil disertakan sekali dengan pampasan yang dalam sekelip mata habis dek kerana kos sara hidup yang mencekik.

bukan menidakkan pembangunan, tidak. tidak. bukan. aku cuma rasa dalam masa akan datang, ramai yang terjerut dengan kos sara hidup dan ruang rumah yang semakin kecil bernilai tak berbaloi. itu sahaja. dan kalau nak ya pun nak bangunkan pembangunan kenalah setimpal dengan pendudukan rakyat setempat. PPRT yang tinggi melangit rasanya tak sesuai kot lagi lebih sesuai diberikan sebuah rumah dalam sepetak tanah. dan aku terbayangkan, mungkin dalam segelintir penduduk PPRT tu yang mana asalnya dahulu dari penempatan setinggan terselit dua tiga keluarga warga indon. mak ai. senang-senang datang naik tongkang, pergi daftar 6P, tup tup mohon PPRT dapat sebuah. oh, mungkin dibeli undinya. mungkinlah.

dan apa yang aku boleh nyatakan, negara kita terlalu kaya, kaya dengan banyak sumber, tapi banyak dibazirkan kepada yang bukan-bukan dan yang tak sepatutnya. masalah asas diletak tepi, yang penting populariti. lihatlah, ramai lagi terutama bangsaku masih menyewa rumah kecil, terperuk di rumah kos rendah sebab perjuangan yang acapkali dilaungkan hanya meniti dibibir tidak direalitikan. yang direalitikan keuntungan kroni diutamakan. dari situ wujudlah korupsi yang tak akan selesai sampai bila-bila. dengan karenah birokrasi bagai. perit. perit. jangan tergadai tanah air sendiri secara halus dek kerana kejar kekayaan sudahlah wahai pemimpin budiman. 

sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...