20111026

Esei - Penghasilan Pendahuluan

assalamualaikum wbt & salam 1malaysia

sebuah entri ringkas yang mungkin ditulis secara ekspres kerana mahu berkongsi sedikit ilmu ini yang diajarkan kepada aku masa kat sekolah dulu.hehe. :) ni khusus untuk pelajar yang bakal menduduki SPM. harap tak terlambat untuk bagi sedikit ilmu ini.




tip yang aku nak kongsi ini berkait dengan cara nak menghasilkan esei yang terbaik.insyaALLAH.yang cikgu aku ajar dulu.

okey.untuk bentuk jawapan bagi kedua-dua soalan dalam Kertas 1 ni sama sahaja.bentuknya mestilah seperti berikut :
  • Pendahuluan 
  • Isi
  • Penutup
Pendahuluan elemen penting untuk esei bak kata cikgu aku lah.sebab pendahuluan yang menarik dapat membawa pembaca setia membaca hasil esei kita. dan aku diajar untuk menjawab pendahuluan seperti berikut : 
  • Permulaan
  • Senario Isu
  • Peleraian Isu
  • Reaksi Masyarakat
  • Ayat Arah
CONTOH PENDAHULUAN :

     Sedih,kecewa dan menyesal serta insaf.Bait-bait lirik lagu yang dipopularkan Zainal Abidin ini pasti akan menzahirkan ekspresi berikut. Manakan tidak,lirik lagu ini sebenarnya dicipta adalah untuk mengutuk, menyedarkan dan menginsafkan ahli komuniti bumi nan uzur ini akan pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. (Permulaan) Akibat sibuk mengejar keuntungan dan rakus mengeksploitasi kekayaan bumi, ahli komuniti dewasa ini sering ditimpa pelbagai musibah alam. (Senario Isu) Setelah sekian lama menanggung kejahilan manusia ke atasnya, tanggal 26 Disember 2004, sebuah musibah alam yang amat dahsyat telah melanda yang menlibatkan Negara di Asia Tenggara. Acheh yang berada di dalam lingkaran gempa bumi telah ditimpa gempa bumi serta ombak besar yang dikenali dengan nama saintifiknya iaitu tsunami. Rentetan daripada berlakunya musibah tersebut, permukaan bumi Acheh kini seperti padang jarak,padang terkukur.Tahun berikutnya pula,Malaysia dilanda banjir besar setelah hamper 30 tahun tidak berlaku.Bukan itu sahaja,negara maju seperti Amerika Syarikat turut tidak ketinggalan untuk menikmati musibah ini apabila sebuah daerahnya dilanda taufan Katrina(Peleraian Isu) Rentetan daripada musibah sedemikian, komuniti dunia menzahirkan kerisauan mereka menerusi beberapa acara seperti Earth Hour dengan memutuskan bekalan elektrik dan mengadakan diskusi mencari solusi melakukan transformasi dalam menangani isu global ini. (Reaksi Masyarakat) Jika musibahnya datang bertalu-talu ke atas muka bumi ini, adakah ahli komuniti kita telah mengorak langkah mereka untuk melakukan sebarang tindakan drastik bagi membendungnya?Jika sudah,ayuh kita rungkai segala prakarsa drastic tersebut. (Ayat Arah)


tamat kisah elemen yang perlu ada dalam sebuah pendahuluan esei. ni sekadar nak berkongsi ilmu yang aku timba daripada cikgu-cikgu aku.

Bahasa Cerminan Minda Bangsa

sekian-

No comments:

Post a Comment

kongsikan pandangan yang membina ye bukan menghentam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...